Pages

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Selasa, 15 April 2014

Minggu Matematik





 Soalan kuiz matematik



1  Minggu Matematik

 2  Objektif

  2.1   Menarik minat murid terhadap matapelajaran Matematik

  2.2   Menjadikan matematik sebagai matapelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari

 3.   Rasional

  3.1   Semua murid dipilih berdasarkan murid yang mengangkat tangan untuk menjawab. Oleh itu   semua murid bersedia untuk menjawab.

  3.2   Bagi menghargai murid yang menjawab soalan hadiah berupa alat tulis dan gula-gula diberikan   bagi menarik minat murid menjawab.

  3.3  Menggalakan murid bersedia sebelum dipanggil menjawab soalan atau membaca sifir

4.   Kumpulan Sasar

  4.1   Murid-murid Tahun 1, 2  dan 3     - Tahap 1

  4.2   Murid-murid Tahun 4. 5 dan 6  - Tahap 2

5  Program yang dijalankan

  5.1  Kuizsoalan dikemukan oleh guru mengikut tahun

  5.2  Bijak SifirMurid dikendaki membaca sifir di atas pentas tapak perhimpunan

  5.3  PersembahanNyanyian berdasarkan matematik

  - Membaca ayat matematik untuk murid Tahun 1

6   Pelaksanaan
6.1   Guru akan membaca soalan kuiz mengikut aras murid iaitu Tahun 1 – Tahun 6

6.2   Murid yang ingin menjawab haruslah mengangkat tangan. Jawapan yang betul  dijawab oleh murid akan diberi   hadiah

6.3   Beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk membaca sifir. Hadiah diberi kepada semua murid terlibat

6.4   Guru Tahun 1 dan 2 akan mempamerkan kad  atau buku untuk dibaca oleh murid . Murid yang membaca   akan diberi hadiah.

6.5  Persembahan oleh murid tahap 1 iaitu nyanyian. Hadiah juga disediakan kepada murid terlibat

7  Impak Program

7.1   100 %  murid memberikan kerjasama dalam program yang diajalankan

7.2   Murid-murid tertarik dengan aktiviti yang dijalankan melalui respon yang diberikan apabila soalan diajukan   oleh guru
 

Pertandingan G-Math

Luqman Haziq 6 Rajin mendapat tempat ke-2 individu
Heng Kang Wei 6 Rajin mendapat tempat ke-3 individu
 


Sempena Karnival Sains yang telah diadakan SK Seafield sekali lagi menjadi juara keseluruhan G-Maths peringkat  daerah.

Program Bijak Sifir


1  Bijak Sifir

2  Objektif

  2.1   Menggalakkan murid menghafal sifir 

  2.2   Sebelum pembelajaran dan pengajaran dijalankan murid bersedia dengan sifir
 
3.   Rasional

  3.1   Sifir merupakan perkara asas yang perlu diingat sebelum tajuk darab ,bahagi  serta tajuk-  tajuk   seterusnya diajar guru.

  3.2   Walaupun teknik menghafal  adalah  teknik tradisional tetapi untuk mengukuhkan   pemahaman dalam sesuatu tajuk berkaitan pendaraban dan bahagi konsep darab perlu   difahami murid terlebih dahulu.

  3.3  Penggunaan jadual sifir diperkenalkan apabila murid telah menghafal sifir

  4.   Kumpulan Sasar

  4.1   Murid-murid Tahun 2  dan 3     - Tahap 1

  4.2   Murid-murid Tahun 4. 5 dan 6  - Tahap 2
 
 
5   Pelaksanaan
5.1   Murid akan dipanggil oleh guru seorang demi seorang di dalam kelas sewaktu murid lain menjalankan aktiviti   atau membuat kerja kelas untuk membaca sifir.
5.2   Hanya jawapan sahaja dibaca.
5.3   Murid yang belum lancar akan dipanggil semula untuk membaca sifir di hadapan guru.
5.4   Pemilihan beberapa orang murid akan dibuat untuk membaca sifir di hadapan murid lain sewaktu Minggu   Matematik di tapak perhimpuanan pada waktu perhimpunan harian.
6  Impak Program
6.1   100 %  murid dari kelas Rajin dan Usaha lancar membaca sifir
6.2   80% murid dari kelas lain boleh dan lancar membaca sifir
 

 

Keratan akhbar Matematik SK Seafield di Peringkat dunia

 



 



Program Jejak Pintar Matematik


 Bimbingan & pemilihan  dijalankan setelah kuiz pada peringkat kelas dibuat
 murid-murid terpilih dilatih dan ditapis bagi mewakili sekolah
 Apabila Berjaya hanya murid yang benar-benar layak akan dipilih
 
1  Program Jejak pintar  M3
 
  -Mengesan

  -Melatih

  -Menjadi Juara Mewakili Negara

2  Objektif

  2.1   Mengesan murid yang berbakat dan pintar dalam matematik

  2.2   Mengcungkil dan melatih wakil  untuk menyertai Pertandingan  Matematik

  2.3   Terdapat dua jenis pertandingan

  2.3.1 Berpasukan untuk peringkat negeri Selangor

  2.3.2 Individu - untuk menyertai

  a) - World Mathematics Contest Po Lueng Kuk di Hong Kong

  b) - Asean Mathematics and Science Olympiad di Jakarta

 
3.   Rasional

  3.1   Untuk membuktikan bahawa Sekolah Kebangsaan mampu. mencungkil bakat dan 
 kebolehan clalam bidang matematik dimana selama ini dimonopoli oleh murid-murid  
daripada SJK (C)

  3.2   Dengan penyertaan ini akan menaikkan nama sekolah, keluarga, Pejabat Pelajaran    Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan seterusnya negara     Malaysia.

  4.   Kumpulan Sasar

  4.1   Murid-murid Tahun 4

  4.2   Murid-murid Tahun 5

5 Pelaksanaan
5.1   Bermula dengan Minggu Matematik di peringkat sekolah,berbagai aktiviti dijalankan  bagi   menguji tahap   kecekapan mindamurid. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Matematik di peringkat kelas.

5.2   6 orang murid terbaik keputusannya dipilih dan dilatih dengan berbagai jenis soalan.

5.3   Setelah diuji berkali-kali 3 orang akan dipilih daripada Tahun 4 dan 3 orang daripada Tahun 5.   Kemudian ditapis lagi sehingga tinggal 3 orang yang akan mewakili sekolah ke peringkat zon,    daerah dan hingga ke peringkat negeri.

5.4   Ketiga-tiga murid ini akan dilatih lagi dengan soalan peringkat sekolah menengah hingga ke   soalan-soalan Matematik Tambahan.

5.5   Tempoh latihan dan latih tubi yang dijalankan bergantung kepada kemampuan murid berkenaan.

5.6   Setelah berjaya ke peringkat kebangsaan murid tersebut menyertai kem kecemerlangan   matematik yang diadakan seminggu di Genting Highlands, seminggu di Melaka dan akhir sekali seminggu diKota Kinabalu   sebelum mewakili negara.

5.7   Perbincangan sentiasa dilakukan oleh Guru Matemetik dengan ibu bapa murid yang terpilih   supaya ibu bapa sentiasa memberi sokongan moral yang tinggi kepada murid tersebut.

5.8   Murid sentiasa dinasihatkan agar sentiasa tenang dan bersedia untuk bertanding dengan   keyakinan yang   sangat tinggi

Pencapaian / Impak Program
6.1   Kuiz Kira Cepat peringkat Daerah Petaling tahun 2000
6.2   Johan Kuiz Matematik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2001,
6.3   Haider Hashamuddin mewakili negara Ke World Matematics Po Leung Kuk di Hong Kong   Tahun 2001 di mana Malaysia muncul tempat Ke 4.
6.4   Johan Kuiz Matematik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2002 .
6.5   Mohd Farzan Mohd Fadhillah Mewakili Negara Ke World Matematics Po Lueng Kuk di Hong   Kong Tahun 2002
6.6   Mohd Farzan Mohd Fadlillah Memenangi International Competitions for  Schools Primary   Mathematics anjuran The University Of new South Wales dengan keputusan High Distinction .
6.7   Reuben Chong Jian Liang dan Chung Wei Yarn Dorothy telah menyertai pertandingan yang   sama di atas anjuran The University  Of New South Wales dengan Keputusan Distinction
6.8   Nik Nazrin Nik Azhari dan Elly Nurhaniah Mohamed Hyffny akan mewakili negara ke  Asean   Primary School Mathematics And Science Olympiad di Jakarta Indonesia pada 17 - 23 Oktober   2003
Semua kejayaan di atas adalah hasil daripada Program Jejak Pintar M3. Program ini akan di teruskan bagi menjejak bakat-bakat yang lain pula.